homePROFILETAGBOARDCREDITStwitterfollowdashboard
BOOM SHAKALAKA
Oh, thehuuuuuuuun <3

Hello everybody *waving hands

I'm back? Lol. What the heck with me? -_-' Ok, back to the story. This post is in english because aku malas nak cakap inggeris. Lol again~

Back to the topic again. Kat sekolah tadi ada boom shakalaka. Ok, mesti korang tak faham kan? Let me explain.

Tadi masa terakhir sebelum balik iaitu mathematics, ada satu solid yang meletup. Weh, ada budak bawak mercun tin kat sekolah dan main. Dengan khusyuknya aku mintak ajar kat Putri untuk menyelesaikan reflection ni....

BOOOOOOOOOOOOOOMMMMMMMM!!!!

Dengan bunyi meletup kuat gila tidak mengalahkan bom atom. Terkejut gila satu sekolah. Ada seorang kawan aku dalam kelas dah menjerit terkejut. Semua dah usha tengok kat tingkap. "Weh, siapa buat tu?" 

Aku dah pening kepala sebab apa yang Putri ajar kat aku semua hilang melesap. Tak guna kepada si pembawa mercun tersebut. Macam banggang je. Kau main la kat rumah kau, aku nak belajar. Kan aku dah cakap sorang-sorang.


Aku tak nampak la Putri terkejut ke tak. Maybe tak kot sebab aku tak dengar dia melatah. Wow, hebatnya dia. But, lepas bunyi meletup kuat sampai satu sekolah dan satu padang boleh dengar, Putri jadi gila sekejap. 

Hahaha, sebab terkejut xD Kesian kawan aku ni.

So, sampai sini je la aku menaip. Maaflah kalau ada kesilapan tatabahasa. 

Assalamualaikum x

P/S ; Aku menaip ni sebab nak tunggu untuk berbuka puasa. Adakah perlu beritahu?

POSTED BY Aimi Johanna ON Monday, 30 July 2012 @ 03:31
back | all rights reserved desiree 2012 | forth